CTU 151
TAJUK:
Sejarah Dan Kisah Pengislaman Seorang Saudara Baru (Mualaf)
Pengislaman Dr. Muhammad Chaerun bin Abdullah
Islam Menambat Hati
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151
DISEDIAKAN OLEH:
Nama: Siti Nor Bahiyah Binti Abdullah Sani
No. Matrik: 2010895294
Kumpulan: ASD2Dn
PROGRAM:
Diploma sains
Fakulti Sains Gunaan
(AS120)
TARIKH SERAH :
23 Februari 2011
ISI KANDUNGAN
1. Isi kandungan
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Konsep
i. Islam
ii. Muallaf
5. Dasar-dasar kepercayaan Islam
6. Sejarah hidup sebelum memeluk Islam
7. Dorongan untuk mememeluk Islam
8. Pengalaman dan perjalanan hidup sebagai seorang Islam
9. Sumbangan dan kegiatan dakwah untuk Islam
10. Harapan sebagai seorang muslim
11. Penutup
12. Bibiliografi
ABSTRAK
TAJUK:
Sejarah Dan Kisah Pengislaman Seorang Saudara Baru (Mualaf).
Abstrak
Islam adalah merupakan agama yang sempurna bagi setiap insan dan makhluk yang ada di muka bumi ini kerana Islam menjelaskan fitrah dan keadaan manusia yang sebenarnya. Islam telah memberikan garis panduan yang jelas kepada umatnya tentang etika-etika yang betul dan sempurna bukan sahaja di antara sesama makhluk yang beragama Islam malah peradaban yang betul kepada yang bukan Islam. Benarlah seperti yang difirman Allah dalam surah Al Maidah, ayat 3; “"dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." Begitu juga disebutkan Islam adalah ad-din yang yang bersifat global dan shumul iaitu ruanglingkup ajarannya terlalu luas . Islam juga adalah agama yang memahami tuntutan dan keperluan umatnya yang berlandaskan pada syariat yang betul. Keindahan dan kecantikan agama Islam ini akan dapat dinikmati jika seseorang itu benar-benar menghayati, memahami dan mngamalkan konsep Islam yang sebetulnya. Di dalam Al-Quran Allah S.W.T sendiri sudah menjelaskan takrifan-takrifan Islam dan memberi gambaran yang jelas tentang keindahan Islam malah turut dijelaskan dalam hadis-hadis Rasullullah yang mengukuhkan lagi kebenaran agama Islam ini. Maka tidak hairanlah hari semakin hari, semakin ramai manusia yang mula terpikat dan ingin memeluk Islam secara ikhlas dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Tambahan pula, mualaf-mualaf inilah yang berjuang dan ligat berdakwah demi mengembangkan lagi agama Islam di seluruh dunia. Sebagai umat Islam, saya merasa begitu bersyukur dan gembira apabila mendengar perkhabaran adanya mualaf yang memeluk Islam setiap hari. Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, Dr.Chaerun, yang merupakan seorang saudara baru juga turut menarik minat orang lain serta saudara-maranya sendiri untuk memeluk agama Islam. Keindahan dan kesempurnaan Islam menambat hatinya untuk mendalami Islam lantas mendorong dirinya untuk memeluk Islam bahkan beliau berhasrat mahu mengembangkannya lagi di serata dunia.
PENDAHULUAN
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya”.
(al-Talaq: 2-3)
Beginilah firman Allah pada hambaNya yang bertaqwa dan beriman. Sebagai Islam, bukan hanya perlu melaksanakan lima rukun sahaja tetapi ia berada pada skop yang lebih luas. Contoh lima rukun Islam itu ialah mengucap dua kalimah shahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menunaikan zakat setelah cukup kadar dan waktunya dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Namun Islam bukanlah hanya terletak pada perlaksaan secara fizikal sahaja tetapi ianya perlu disempurnakan dengan emosi, rohani dan intelektual. Wujudnya elemen-elemen ini dalam jiwa manusia maka lengkaplah individu itu sebagai seorang Islam yang sejati lantas menjadi role-model kepada kaum lain mungkin juga dapat memikat hati mereka untuk mendalami dan memeluk Islam.
Maksud muallaf ialah orang yang cenderung hatinya untuk memeluk Islam. Merujuk kepada firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 60 berkenaan dengan 8 asnaf yang layak menerima zakat, yang dimaksudkan dengan kalimah ' wal muallafati qulubuhum ' ialah dikhususkan kepada orang yang hatinya cenderung kepada Islam dan ingin memeluk Islam (semasa dia mula berjinak-jinak dengan Islam). Bukan mudah bagi golongan yang asalnya bukan Islam untuk mempercayai dan menghayati akan agama Islam yang merupakan agama yang lurus dan benar tetapi dengan adanya keajaiban dari Allah maka dengan inilah yang mendorong hati para mualaf ini untuk terus mngenal dan mendalami Islam. Ada juga di antara mereka didatangkan kurniaan hidayah dalam bentuk mimpi ataupun terdetiknya di hati tentang Islam.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmat-Nya saya berjaya menyelesaikan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya pada semester kali ini. Walaupun mungkin wujudnya mana-mana kekurangan dan kekilafan namun saya bersyukur kerana sagalanya berjalan dengan lancar. Berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diteliti saya telah memilih tajuk tentang seorang muallaf yang memeluk Islam yang baginya Islam ini adalah agama yang begitu indah sehingga membuatkan beliau tertarik untuk memeluk Islam. Dalam tugasan ini menerangkan tentang sejarah dan kisah Dr. Chaerun sebelum memeluk Islam, dorongan hatinya untuk mendalami dan memeluk Islam, pengalama dan dakwah yang telah dilakukan beliau untuk menyumbang ke arah mengembangkan Islam. Namun, kisahnya ini bukan hanya tertumpu pada dakwahnya di Malaysia sahaja bahkan juga usaha dakwahnya di luar negara.
“Sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam”.
(al-Imran:19)
Islam adalah agama yang diberikan sendiri oleh Allah sehingga di dalam Al-Quran sendiri menyebut ayat di atas. Alhamdulillah, atas kurniaan Allah telah memberikan hidayah pada saudara kita ini untuk memeluk Islam. Kisah ini seharusnya dijadikan panduan dan teladan bukan sahaja kepada para muallaf malah juga kepada kita sebagai Islam yang yang seringkali alpa dan leka akan tanggungjawab kita sebagai khalifah yang harus dilaksanakan di bumi ini agar segala amalan dapat dijadikan bekalan di akhirat kelak.
KONSEP
i. Islam
Islam dari segi bahasa bererti tunduk, patuh dan berserah diri kepada Allah Taala. Manakala dari segi istilah syarak pula terbahagi kepada dua pengertian. Yang pertamanya, yang mengakui dengan lisan, dan meyakini dengan hati dan berserah kepada Allah di atas segala apa yang telah ditakdir dan ditentukan olehNya. Yang keduanya, Islam apabila disebutkan dengna perkataan iman adalah perkataan dan amal-amal lahiriah dirinya. Menurut Al-Quran tidak hanya terletak pada theology sahaja tetapi meliputu akidak, akhlak, hukum, alam yang luas, hidup manusia serta hubungan dengan semua manusia.
Di sini jelas menunjukkan bahawa Islam bukanlah semata-mata bersandarkan pada agama sahaja tetapi ia perlu disempurnakan dengan iman dan taqwa yang meliputi kepada aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual untuk menjadi seorang Islam yang sejati.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Islam dibina di atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
ii. Muallaf
Muallaf secara literalnya bermaksud orang yang baru memeluk Islam. Definisi muallaf ini di ambil daripada perkataan alafun yang bermaksud jinak, muallaf bererti orang yang dijinakkan. Di dalam Al-quran selalu disebutkan dengan "muallafatu quluubuhum" iaitu bermaksud “muallaf yang dipujuk hatinya”. Maka muallaf bermaksud orang yang berjinak-jinak dengan Islam atau mendekati Islam. Namun sekiranya mereka telah mempelajari Islam tetapi belum memeluk Islam mereka masih lagi belum boleh dipanggil muallaf tetapi lebih sesuai dipanggil mukallaf. Kini, frasa “saudara muslim” lebih popular berbanding dengan perkataan muallaf atau sauadara baru kerana mereka merasakan ada jurang di antara mereka dan individu yang sememangnya dilahirkan sebagai muslim. Namun, terdapat beberapa faktor bagi mereka yang memeluk Islam (muallaf) iaitu:
i. Perkahwinan
ii. Pergaulan
iii. Kebajikan
iv. Kajian
v. Terharu mendengar suara azan dan solat
vi. Mendapatkan status bumiputera
vii. Perniagaan
viii. Memudahkan penceraian
ix. Dakwah
x. Keharmonian keluarga Islam
xi. Kebersihan
DASAR-DASAR KEPERCAYAAN ISLAM
Konsep yang utama dalam Islam ialah bawahasanya seluruh alam ini, Tuhanlah yang telah menjadikan, menguasai dan mengawasinya, bahawasanya Dia adalah Maha Esa, tidak ada yang menyertai dalam kesucian-Nya. Dia telah menciptakan manusia dan menentukan ajalnya, dan bahawasanya Allah s.w.t. telah menyediakan untuk seluruh alam jalan hidup yang lurus, sekaligus memberikan kebebasan mutlak kepada hamba-Nya untuk mengikuti atau mengingkarinya. Barang siapa yang mengikuti jalan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang Muslimin dan Mukminin, dan barangsiapa yang tidak mengikutinya, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir yang mengingkari kebenaran-Nya.
Orang yang telah memeluk Islam, apabila ia telah menyaksikan dengan sepenuh keimanan atas ke-Esaan Allah dan bahawa Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah. Kedua kepercayaan ini tersimpul dalam kalimat:
Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah Utusan Allah.
Sesungguhnya, adalah benar-benar merupakan keajaiban, apabila orang memperhatikan tentang penciptaan alam yang tidak ada henti-hentinya dengan pengaturan yang pasti, terarah dan serasi, serta kemampuannya untuk mempertahankan apa yang bermanfaat dan menghukum apa yang berbahaya bagi kemanusiaan. Firman Allah S.W.T:Hai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu dapat menjaga diri. Tuhan yang telah menjadikan buat kamu bumi yang menghampar dan langit yang memayung, dan Dia telah menurunkan air dan langit, lalu dengan air itu Dia mengeluarkan buah-buahan sebagai rizqi buat kamu. Maka oleh karena itu, janganlah kamu menjadikan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
(Al-Baqarah 21-22)
Firman Allah S.W.T:Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada agama Allah dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, tatkala kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah melembutkan hati kamu semua sehingga atas kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara.
(Ali Imran 103)
Dasar-dasar kepercayaan Islam
1. Mudah, Rasional dan Praktis
2. Bersatunya Benda dan Rohani
3. Jalan Hidup yang Sempurna
4. Ada keseimbangan antara perorangan dan kemasyarakatan
5. Universal dan Kemanusiaan
6. Stabil dan Berkembang
7. Ajaran-ajaran Terpelihara dari Perubahan
SEJARAH HIDUP SEBELUM MEMELUK ISLAM
Ketika menjejak usia 22 tahun, Dr. Chaerun, beliau mengabdikan diri menjadi seorang sami. Ini merupakan tradisi agama Buddha di Laos, sebuah negara Indochina yang majoritinya beragama Buddha.
Apabila seseorang mencapai umur 22, dia hendaklah menjadi seorang sami atau istilahnya Monk.
Tempoh masa bagi menjadi Monk itu paling kurang sepuluh hari dan digalakkan lebih daripada itu. Seorang sami dimestikan bangun pada pukul 5.00 pagi untuk bertapa, dan selepas matahari naik beliau hendaklah pergi ke beberapa buah rumah. Tuan rumah akan memberi makanan dan minuman, manakala sami berkenaan akan memberi “wish” kepada tuan rumah tersebut. Bagi masyarakat awam, sami adalah wakil tuhan yang perlu dihormati. Dia boleh mendoakan dan memberi keampunan kepada mereka. Namun ini hanyalah menjadi sejarah hidupnya sebelum memeluk Islam. Kini beliau percaya akan perutusan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruh Allah malah telah temui jalan sebenar yang diredhai Allah.
Apabila seseorang mencapai umur 22, dia hendaklah menjadi seorang sami atau istilahnya Monk.
Tempoh masa bagi menjadi Monk itu paling kurang sepuluh hari dan digalakkan lebih daripada itu. Seorang sami dimestikan bangun pada pukul 5.00 pagi untuk bertapa, dan selepas matahari naik beliau hendaklah pergi ke beberapa buah rumah. Tuan rumah akan memberi makanan dan minuman, manakala sami berkenaan akan memberi “wish” kepada tuan rumah tersebut. Bagi masyarakat awam, sami adalah wakil tuhan yang perlu dihormati. Dia boleh mendoakan dan memberi keampunan kepada mereka. Namun ini hanyalah menjadi sejarah hidupnya sebelum memeluk Islam. Kini beliau percaya akan perutusan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruh Allah malah telah temui jalan sebenar yang diredhai Allah.
DORONGAN UNTUK MEMELUK ISLAM – Islam Menambat Hati
Dr. Muhammad Chareun atau lebih mudah dikenali sebagai Dr. Chareun adalah antara bangsa Lao yang direkodkan memeluk Islam secara sistematik. Sebelum ini jarang-jarang kedengaran orang dari Laos memeluk Islam kerana Laos merupakan saki baki negara komunis yang masih kekal sehingga hari ini.
Malahan akibat pembangunan yang masih mundur dan kemiskinan di kalangan rakyatnya, menyebabkan pentadbirannya tidak teratur dan tidak mampu merekodkan bilangan mereka yang memeluk Islam. Menurut Dr. Chareun, beliau tertarik dengan Islam ketika menuntut di Institute Medical Research, Kuala Lumpur. Ketika itu, beliau sering berdialog dengan teman sebiliknya yang beragama Islam mengenai agama masing-masing, sehinggalah satu ketika sahabatnya itu bertanya, ``Bagaimana kehidupan manusia selepas mati?''
Soalan tersebut membuatkannya berfikir panjang. Ini kerana beliau tidak pernah mempelajarinya dan tidak tahu mengenainya. Lama kelamaan beliau mula berjinak-jinak dengan Islam.
Pada mulanya beliau mengikuti solat Asar di sebuah masjid, walaupun ketika itu belum memeluk Islam.
Ajaran Islam yang mudah dan sentiasa mendidik hati supaya taat kepada Tuhan yang satu sahaja, membuatkannya semakin tertarik.
Akhirnya pada tanggal 20 Januari 2003, beliau mengucapkan syahadah di Perkim sambil disaksikan oleh kedua-dua ibu bapanya yang datang dari Laos. Semenjak daripada itu, bermula kisah hidupnya sebagai seorang saudara baru Islam.
Soalan tersebut membuatkannya berfikir panjang. Ini kerana beliau tidak pernah mempelajarinya dan tidak tahu mengenainya. Lama kelamaan beliau mula berjinak-jinak dengan Islam.
Pada mulanya beliau mengikuti solat Asar di sebuah masjid, walaupun ketika itu belum memeluk Islam.
Ajaran Islam yang mudah dan sentiasa mendidik hati supaya taat kepada Tuhan yang satu sahaja, membuatkannya semakin tertarik.
Akhirnya pada tanggal 20 Januari 2003, beliau mengucapkan syahadah di Perkim sambil disaksikan oleh kedua-dua ibu bapanya yang datang dari Laos. Semenjak daripada itu, bermula kisah hidupnya sebagai seorang saudara baru Islam.
PENGALAMAN DAN KISAH HIDUP SEBAGAI SEORANG ISLAM
Yang menariknya apabila beliau memeluk Islam ialah ibu bapanya sangat senang dan gembira kerana anaknya berjaya menemui jalan ketenangan dan sentiasa berharap agar anaknya itu bekerja semata-mata kerana Allah. Bapanya, Khambay Chareun adalah seorang peguam di Laos. Beliau pernah menjadi penasihat kepada Kementerian Kewangan di Laos dan empat buah syarikat perniagaan.
Dengan kedudukan beliau yang tinggi, selain itu sebagai orang yang kuat dengan amalan Buddha, sikapnya terhadap anaknya itu menunjukkan agama Islam tidak pernah menyemai benih kebencian dalam keluarga yang berlainan agama. Hubungan Dr. Chareun bersama ibu bapa dan adik beradiknya berjalan seperti biasa. Malahan keluarga ini yang tidak pernah menjamah daging khinzir dan arak, memudahkan lagi Dr. Chareun menyelesaikan masalah makanan halal dan haramnya sebagai seorang Muslim.
Selain itu, bapanya juga mengambil berat mengenai ibadah Dr. Chareun sebagai Muslim. Beliau sering berpesan kepada anaknya supaya jangan makan benda-benda yang tidak disembelih secara halal.
Beliau juga mengejutkan anaknya untuk menunaikan solat Subuh dan berpesan supaya sentiasa berbuat baik kepada semua orang.
``Saya masuk Islam bukan semata-mata ada tujuan lain seperti berkahwin dengan perempuan Malaysia, mendapat duit atau sebaliknya. Tetapi saya masuk Islam adalah kerana Allah semata-mata,'' jelas Dr. Chareun.
Tambah beliau, ``sebelum ini saya memang kuat beragama Buddha, tetapi setelah menemui jalan kebenaran (Islam), saya akan tetap menjadi kuat dan komitmen dalam Islam.''
Sememangnya Allah sentiasa memberi hidayat kepada hamba-Nya yang ingin mencari kebenaran.
Beliau juga mengejutkan anaknya untuk menunaikan solat Subuh dan berpesan supaya sentiasa berbuat baik kepada semua orang.
``Saya masuk Islam bukan semata-mata ada tujuan lain seperti berkahwin dengan perempuan Malaysia, mendapat duit atau sebaliknya. Tetapi saya masuk Islam adalah kerana Allah semata-mata,'' jelas Dr. Chareun.
Tambah beliau, ``sebelum ini saya memang kuat beragama Buddha, tetapi setelah menemui jalan kebenaran (Islam), saya akan tetap menjadi kuat dan komitmen dalam Islam.''
Sememangnya Allah sentiasa memberi hidayat kepada hamba-Nya yang ingin mencari kebenaran.
SUMBANGAN DAN KEGIATAN DAKWAH UNTUK ISLAM
Dua orang ahli keluarga Dr. Chareun, iaitu abang dan pakciknya dengan izin Allah akhirnya memeluk Islam. Inilah yang dikatakan Islam datang bukan dengan cara paksaan atau pedang, tetapi melalui dakwah. Mereka berdua tertarik dengan konsep ketuhanan yang Esa yang ditunjukkan oleh Islam, ditambah pula dengan sikap toleransi Dr. Chareun yang hidup dalam keluarganya yang bukan beragama Islam.
Abangnya, Muhammad Abdul Rahman@ Sirisombath Chareun adalah lulusan kejuruteraan dari Universiti Laos. Manakala pakciknya, Muhammad Taufik@ Bounliang Sanixay, bekerja di restoran sebuah hotel. Kedua-duanya juga memeluk Islam dengan keredhaan kedua-dua ibu bapa mereka.
Walaupun baru memeluk Islam, Dr. Chareun telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar pengetahuan agama Islam kepada abang dan pakciknya. Amanah ini akan dilaksanakan oleh beliau semampu yang mungkin.
Walaupun baru memeluk Islam, Dr. Chareun telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar pengetahuan agama Islam kepada abang dan pakciknya. Amanah ini akan dilaksanakan oleh beliau semampu yang mungkin.
Di samping itu beliau memberikan beberapa buku asas mengenai Islam dan akan memastikan kedua-duanya dapat mempelajari Islam di Malaysia seperti yang diperolehnya.
Kini Dr. Chareun berjaya menubuhkan sebuah organisasi Islam yang diiktiraf oleh kerajaannya. Pertubuhan yang masih baru itu, sementara ini beribu pejabat di rumahnya. Ia bertujuan menjadi `one-stop center' bagi segala aktiviti keIslaman yang hendak dilakukan di Laos.
Selain itu, diharapkan pada masa akan datang semua kebajikan minoriti Islam di Laos, akan lebih tersusun dan terancang dengan adanya sebuah organisasi rasmi. Pada masa yang sama, pejabat peguam ayahnya juga berada di tempat yang sama. Beliau percaya dan yakin bahawa akan lebih ramai lagi orang Lao yang memeluk agama Islam. Malah beliau juga akan berusaha gigih untuk memastikan dakwah Islam tersebar luas di negara Laos, seiring dengan tujuan Islam diturunkan, iaitu untuk memberi Rahmat kepada seluruh alam. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
Kini Dr. Chareun berjaya menubuhkan sebuah organisasi Islam yang diiktiraf oleh kerajaannya. Pertubuhan yang masih baru itu, sementara ini beribu pejabat di rumahnya. Ia bertujuan menjadi `one-stop center' bagi segala aktiviti keIslaman yang hendak dilakukan di Laos.
Selain itu, diharapkan pada masa akan datang semua kebajikan minoriti Islam di Laos, akan lebih tersusun dan terancang dengan adanya sebuah organisasi rasmi. Pada masa yang sama, pejabat peguam ayahnya juga berada di tempat yang sama. Beliau percaya dan yakin bahawa akan lebih ramai lagi orang Lao yang memeluk agama Islam. Malah beliau juga akan berusaha gigih untuk memastikan dakwah Islam tersebar luas di negara Laos, seiring dengan tujuan Islam diturunkan, iaitu untuk memberi Rahmat kepada seluruh alam. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
"sampaikan apa yang kamu terima daripadaku walaupun ianya sedikit".
HARAPAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM
Dr. Chaerun sememangnya seorang yang begitu komited dan bertanggungjawab sebagai seorang saudara muslim yang sejati. Kurniaan hidayah yang dikurniakan oleh Allah untuk beliau memeluk Islam amat dihargai olehnya dan beliau begitu bersyukur kepada Allah kerana di dalam berjuta-juta makhluk yang ada di bumi ini, beliau adalah salah seorang yang telah dipilih and dibuka pintu hatinya oleh Allah untuk memeluk Islam. Bagi beliau, peluang ini harus digunakan dengan sebaik mungkin untuk dirinya mentarbiahkan dirinya ke jalan Allah sama ada dirinya, ilmu yang ada padanya malah juga hartanya. Beliau berdoa dan berharap selagi beliau dikurniakan kudrat yang ada beliau tetap akan berusaha sehabis mungkin untuk terus berdakwah ke jalan Allah. Harapan beliau agar dapat mengajak lebih ramai lagi saudara-mara dan jugak rakan-rakan beliau untuk mendekati, mendalami dan memeluk agama Islam. Jauh juga di sudut hatinya berdoa agar ayah dan ibu beliau juga dibukakan pintu hati oleh Allah untuk mengikut jejak langkah beliau bersama abang dan pakciknya untuk memeluk Islam. Beliau percaya ini adalah keputusan yang terbaik dan terbesar dalam hidupnya kerana selepas memeluk Islam beliau telah menemui ketenangan sebenar yang dicari-cari dalam hidupnya.
Sabda Rasulullah,
"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya".
PENUTUP
Islam adalah agama yang benar, agama yang lurus. Allah tidak memaksa sesiapapun untuk memeluk Islam akan tetapi Allah mengharuskan manusia untuk terus berpegang dengan agama Islam yang sesungguhnya agama yang lurus. Firman Allah,
Tiada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan ( tali agama ) Yang utuh Yang tidak akan putus . Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Baqarah Ayat : 256 )
Kita seharusnya sebagai umat Islam perlulah menjadi role-model yang terbaik bagi kaum lain dalam segala aspek kerana Islam telah memberikan kita panduan yang jelas untuk menjadi muslim dan mukmin yang terbaik. Segala amalan-amalan buruk dan larangan Allah haruslah ditinggalkan malah memperbanyakkan lagi Ibadah kepada Allah, amar makruf nahi mungkar. Islam bukanlah hanya sekadar tertulis di kad pengenalan sahaja, namun budaya dan peraturan haruslah bersandarkan syariat dan ajaran Islam agar tidak dipandang serong oleh kaum-kaum lain. Tambahan pula, adanya sesetengah kaum yang cuba menjatuhkan Islam. Bagi mengelakkan hal ini dari terus berlaku, kita seharusnya berjuang dan bertanggungjawab sebagai seorang muslim yang sejati. Firman Allah S.W.T:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
"Hai manusia, sesungguh Kami menciptakan kamu asalnya dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, untuk saling mengenal antara satu sama lain, Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu".
(Surah Al Hujurat: ayat 13)
Di Malaysia, kita hidup dalam berbilang-bilang kaum dalam keadaan aman dan damai meskipun berbilang kaum namun perhubungan kita sesama masyarakat begitu bagus sekali yang boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing. Masyarakat yang beragama Islam merupakan masyarakat majority yang berada di Malaysia berbanding dengan masyarkat yang menganuti agama lain. Oleh itu, peranan bagi yang beragama Islam menunjukkan contoh teladan yang baik amatlah perlu agar tidak wujud diskriminasi antara kaum. Firman Allah:
Dan (Tuhan berfirman lagi) sekiranya penduduk negeri itu, beriman dan bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasulullah kami), lalu Kami melimpahkan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah Al-A’raaf Ayat : 96)
Natijahnya, kita sebagai umat Islam selagi berkudrat haruslah berdakwah ke jalan Islam kerana dakwah ini bukanlah terletak pada insan yang hanya bergelar “ustaz” sahaja, tetapi kita juga bertanggungjwab sebagai khalifah di muka bumi ini malah mungkin juga pada muallaf meskipun mereka baru mengenal dan mendalami Islam namun adakalanya mereka lebih menghayati dan mengenali Islam berbanding kita yang dilahirkan sebagai Islam sejak azali lagi. Perkara ini haruslah dititikberatkan sebagai muslim yang hidup di tengah-tengah manusia yang berbilang kaum. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya : " Hai manusia, sesungguh Kami menciptakan kamu asalnya dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan dijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, untuk saling mengenal antara satu sama lain, Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu".
(Surah Al Hujuraat Ayat :13)
BIBILIOGRAFI
RESPONSEN: Dr. Muhammad Chaerun dan keluarga.
Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Quran, (2007). Lajnah Pentashih Mashaf Al-Quran KDN, Tafsir cetakkan.